Thursday 3 December 2015

Cara buat akaun Maybank.


Okay. First, tanya dalam hati..
Why nak buat akaun Maybank ??
Soalan pertama ini akan ditanya oleh pegawai bank dan bukan ditanya oleh pak guard bank.

Jangan ckap saja saja nak buat. Kalau suka suka saja nak buat akaun baik pergi buat akaun facebook sana.

Ini adalah pengalaman aku ketika aku nak buat akaun maybank haritu menggunakan kad pelajar ipta. Ada tujuan di situ. nampak tak ? Untuk education. Bukan saja saja. Kalau kerja ckap la nak buat akaun utk kerja. Nanti dia mintak slip gaji tak silap. Kalau aku dia mintak kad pelajar. Kalau nak simpan duit. Cakap lah nak simpan duit.

Jangan salah masuk bank pulak. Maybank cap kepala harimau. Ketika melangkah masuk, terus ke meja pertanyaan. Cakap nak buat akaun baru. Then pergi....
Opsss lupa nak ingatkan.

Ingat !! 
Bagi yang berumur 18 tahun ke bawah. Anda dikehendaki membawa penjaga
Dan juga surat beranak@sijil kelahiran dan kad pengenalan.
Penjaga anda akan jadi penjamin.

Bagi yang dah berumur 18 tahun dan ke atas.
Anda bawa diri anda dan kad pengenalan sahaja.
Dan duit deposit minimum RM250.


Okay sambungan...
Then dia akan suruh anda pergi ke meja pegawai. Bukan kaunter. Ckap dkt dia nak buat akaun maybank baru. Then dia akan tanya soalan yg aku ckap tadi. JANGAN CKP SAJA SAJA.

Beri dia kad pengenalan. INGAT, Pastiakan cip ic anda tidak rosak. Kalau risak dia tak terima. Pegawai tu akan dptkan pengesahan cap jari kita.Then beri la apa dia mintak. Jangan banyak songeh pulak.

Dalam 15 minit mcm tu. Dia akan minta kita tandatangan mcm mcm. Then selesai.

Opss. Wait. Jgn suka sgt. Masukkan deposit RM250 dulu dalam akaun anda guna mesin CDM ( Cash Deposit Machine ). Pegawai akan beri no. Akaun anda.
Selagi tak byar deposit dia takkan beri kad yang ada gambar cherry tu. Huhu. 
Jangan risau anda boleh keluar kembali duit tu lepas dapat kad atm/debit tu. Bank tak ambil pun. Saja buat syarat je. 

Lepas dah dah byr. Terus pi meja pegawai tu dan ambil kad. Selesai. Muka senyum terpampar bagai baru menang sijil simpanan premium bsn. Ehh.

Ehh belum tamat lagi. Lepas dpt kad atm/debit tu. Anda kene tukar pin 6 angka dulu. Pi dkt mesin ATM utk tukar kata laluan. Kata laluan asal, pegawai bank akan beritahu anda. Tapi selalunya 123456 je asalnya. Anda kene tukar
 
Lepas dah tukar tu. Pi buat online banking tang maybank2u tuu. Then selesai juaga akhirnyaaaaa.

Nampak macam rumit, tapi jgn risau. Pegawai bank akan bantu anda.